BAB laporan kewangan yang lengkap pastinya bermula dengan aspek

BAB
1

PENDAHULUAN

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 

1.0 PENGENALAN

 

 

Sesebuah perniagaan yang dijalankan
pastinya dapat dikaitkan dengan pengurusan kewangan yang merupakan cabang
penting dalam organisasi perniagaan mahupun bukan organisasi perniagaan.
Laporan kewangan perlulah dikaji kedudukannya dan tidak boleh diambil enteng
atau dipandang ringan bagi seseorang individu yang menjalankan perniagaan
lebih-lebih lagi perniagaan kecil-kecilan. Hal ini kerana perniagaan tersebut
hanya melihat kepada keuntungan dan kerugian sahaja tanpa mengambil tahu
perkara-perkara lain dalam penyediaan laporan kewangan yang efektif.
Sememangnya diibaratkan sebagai nadi atau nafas bagi sesebuah syarikat kerana
kemungkinan akan mencatakan keuntungan dan tidak mustahil juga berkemungkinan
mencatatkan kerugian (Zuraida Mohd Zakaria, 2016). Permasalahan yang berlaku
berpotensi yang akan menyebabkan syarikat mengalami kesukaran beroperasi.
Sesebuah perniagaan seharusnya tidak mengambil enteng terhadap komponen dalam
pengurusan kewangan terutamanya kepada pengurusan penghutang dalam sesebuah
perniagaan.

          Penyata kewangan merupakan laporan
pencapaian kewangan syarikat secara keseluruhan bagi menilai prestasi sesebuah
perniagaan seterusnya menjadi prospek pada masa hadapan. Menurut MASB 1 Para 6,
penyata kewangan menggambarkan kewangan berstruktur bagi kedudukan kewangan dan
urusniaga yang dijalankan oleh sesebuah perusahaan. Seterusnya, objektif
penyata kewangan adalah untuk menyediakan atau mengemukakan maklumat yang berguna
dan tepat mengenai kedudukan kewangan, prestasi sesebuah perusahaan kepada
pemegang perniagaan itu sendiri bagi menentukan keputusan ekonomi yang bakal
dibuat. Sebelum terhasilnya sebuah laporan kewangan yang lengkap pastinya
bermula dengan aspek asas perekodan dengan mendapatkan dokumen sumber dan
diikuti dengan langkah atau standard prosedur perakaunan yang benar dan
sistematik.

 

          Pengurusan kewangan merupakan sebuah
rumusan data yang direkodkan berkaitan rekod formal kegiatan kewangan sesebuah
perniagaan yang melibatkan orang-perseorangan atau entiti yang lain. Dapat ditafsirkan
bahawa pengurusan kewangan dalam perniagaan adalah amat meluas yang terdiri
daripada komponen ke atas aset, liabiliti dan ekuiti serta pendapatan
perbelanjaan sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh perakaunan  atau untuk tempoh tertentu. Penyata kewangan
sememangnya memberikan pandangan secara keseluruhan keadaan kewangan jangka
pendek dan jangka panjang. Semua maklumat perniagaan seharusnya disampaikan
secara tepat dengan cara berstruktur dan dalam suatu bentuk yang mudah difahami
sebelum penyediaan penyata kewangan. Sekiranya dihubungkaitkan dengan komponen
jualan dan penghutang yang mempunyai hubungkait antara satu sama lain, aspek
utama yang diambilkira termasuklah kaedah perekodan dan kaedah pemfailan yang
bermula daripada dokumen sumber . Seterusnya melalui prosuder yang tepat dapat
memudahkan penyediaan penyata kewangan oleh pengurus kewangan yang bertujuan
untuk menilai status syarikat dan merancang masa depan sesebuah syarikat atau
perniagaan.

          Menurut rangka kerja penyediaan dan
pembentangan penyata kewangan oleh IPSASB mentakrifkan bahawa pendapatan
sebagai peningkatan dalam manfaat ekonomi sepanjang tempoh perakaunan dalam
bentuk aliran masuk atau pengurangan liabiliti yang menyebabkan peningkatan dalam
ekuiti. Seterusnya IPSASB juga mentakrifkan pendapatan sebagai merangkumi hasil
dan keuntungan. Piawaian ini menggunakan istilah ‘hasil’ yang merangkumi hasil
dan untung bagi menggantikan istilah ‘pendapatan’ yang diperoleh daripada
urusniaga jualan barang niaga. Item khusus tertentu uang akan diiktiraf sebagai
hasil yang dinyatakan dalam piawaian lain adalah tidak termasuk dalam skop
piawaian ini. Sebagai analoginya, penjualan daripada hartanah, loji dan
peralatan, hibah, pengurangan hutang ragu dan sebagainya.

          Pengurusan kewangan yang dilaksanakan
dalam sesebuah perniagaan melalui penyediaan penyata kewangan mempunyai peranan
prospektif atau ramalan yang menyediakan maklumat berguna bagi meramalkan tahap
sumber yang diperlukan untuk menjamin operasi secara berterusan, sumber yang
boleh dijana melalui operasi berterusan serta risiko dan ketidakpastian yang
berkaitan. Pelaporan kewangan juga dapat menunjukkan akauntabiliti enitti
dengan menyediakan maklumatyang berguna untuk menilai keupayaan entiti
membiayai perbelanjaan dan aktiviti serta memenuhi liabiliti dan komitmen.

          Selaku individu yang mengharungi
dunia perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa mendapatkan
keuntungan yang maksimum merupakan matlamat utama bagi sesebuah perniagaan,
tetapi sekiranya sesebuah perniagaan terlalu memfokuskan matlamat ke arah memperolehi
keuntungan pastinya akan mendatangkan masalah kepada sesebuah perniagaan
tersebut. Bagi memastikan sesebuah entiti akan berterusan, sesebuah perniagaan
seharusnya mampu membuat perancangan perniagaan dengan rapi dan sistematik
berkenaan jumlah penghutang yang semakin meningkat berikutan urusniaga yang
semakin bertambah. Urusniaga yang semakin meningkat tidak menjadi suatu
permasalahan malah merupakan suatu yang memberangsangkan. Sekiranya diambil
kira melalui dua jenis urusniaga iaitu secara tunai dan kredit, kemungkinan
yang menimbulkan permasalahan adalah urusniaga kredit.

          Pihak perniagaan terutama kepada
bahagian kewangan hendaklah memastikan kewangan bagi kegunaan menampung belian
barang niaga adalah mencukupi memandangkan hasil jualan barang niaga secara
keseluruhannya dijalankan melalui urusniaga kredit. Oleh hal yang demikian,
sesebuah perniagaan seharusnya tidak memandang enteng terhadap penghutang yang
seharusnya menjelaskan pembayaran hutang dalam tempoh ditetapkan kepada pihak
syarikat. Keuntungan yang tinggi sememangnya kunci kepada tidak timbulnya
segala permasalahan sesebuah perniagaan. Kebolehan syarikat dalam menguruskan
pengurusan berkenaan penghutang secara konsisten membolehkan perniagaan dapat
meningkatkan sekaligus mencapai kemajuan dalam perniagaan.

 

 

1.1
LATAR BELAKANG KAJIAN

         

 

Pengurusan ke atas penghutang yang
berhubungkait rapat sebelum terbentuknya sebuah laporan kewangan merupakan
aspek yang penting dalam sesebuah perniagaan. Kini terdapat ramai usahawan baru
atau pekerja yang dianggap pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan
perniagaan sampingan secara kecil-kecilan. Dua jenis perniagaan selaras dengan
teknologi yang semakin meningkat moden melalui atas talian iaitu ‘online’
ataupun secara ‘offline’. Penyimpanan rekod 
dan akaun dalam sesebuah perniagaan adalah suatu perkara yang amat
penting. Kebanyakan peniaga kecil mempunyai masalah dalam merekod komponen berkaitan
dengan pengurusan penghutang dengan tepat. Malahan, mereka juga tidak mempunyai
ilmu perakaunan dalam merekod perakaunan dengan betul dan sistematik.
Kebiasaannya, para peniaga membuat catatan dan rekod perakaunan dengan tidak
mengambil kira semua aspek dan mendatangkan imlikasi negatif iaitu peniaga
tidak dapat menentukan dengan tepat jumlah atau nilai keberhutangan bagi
penghutang dalam tempoh tertentu sesebuah perniagaan. Ini  akan berlanjutan dan memberikan kesan negatif
kepada perniagaan iaitu dalam komponen aset semasa bukanlah pada nilai yang
sebenar.

          Dalam penyata kewangan, semua
maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan adalah secara
berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata
kewangan. Maka, setiap komponen yang terdapat dalam penyata kewangan hendaklah
bertepatan supaya pihak atasan mudah untuk membuat sebarang penilaian. Fokus
utama kajian adalah berkaitan dengan pengurusan penghutang yang mempunyai
pelbagai elemen-elemen penting yang perlu diambilkira. Elemen berkaitan
pengurusan penghutang adalah bermula dengan dokumen sumber. Segala urusniaga
yang berlaku pastinya berhubungkait dengan dokumen seperti invois jualan
kredit. Sistem perekodan dilaksanakan mengikut standard perakaunan yang tepat
dan sistematik. Urusniaga secara kredit seharusnya mempunyai perekodan secara
teliti dan terperinci melalui penglibatan sistem pengumuran penghutang.
Jangkaan berkaitan dengan pelarasan sekiranya berlaku permasalahan antara
penghutang dengan pihak perniagaan dan sebagainya. Masalah yang berkemungkinan
ini perlulah melibatkan penyata penyesuaian penghutang dan sebagainya. Elemen
penghutang menitikberatkan kaedah pemfailan yang terbaik seperti sistem ‘Just
In Time’ yang mampu mengelakkan sebarang kehilangan dokumen. Langkah asas
sedemikian membolehkan pengurusan kewangan dalam membentuk sebuah laporan
kewangan adalah lebih mudah diuruskan. Bagi mencapai keberkesanan dalam laporan
kewangan elemen penghutang merupakan perkara yang tidak boleh dipandang enteng
dalam sesebuah perniagaan. Penyediaan laporan kewangan terdiri daripada
beberapa penyata yang asas yang terdiri daripada penyata pendapatan, kunci
kira-kira, penyata aliran tunai dan penyata untung tertahan yang terdiri
daripada pelbagai fungsi dan tujuan tersendiri. Ini dapat dikaitkan dengan
penghutang yang dirujuk sewaktu pemprosesan atau penyediaan laporan kewangan.

          Daripada pernyataan di atas, kajian
yang ingin dikupas adalah berkaitan pengurusan penghutang. ini bagi
mengenalpasti ketepatan berkenaan penghutang sebelum penyediaan laporan
kewangan secara efektif dengan mengambil kira aspek dan komponen dalam laporan
kewangan. Seterusnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedah
perekodan dan pemfailan akaun belum terima yang dilaksanakan dalam perniagaan seterusnya
penambahbaikkan dilakukan dalam penyediaan laporan kewangan yang lengkap dan
mengikut sistem catatan bergu. Pengurusan asas iaitu komponen penghutang yang
baik sebelum penyediaan laporan kewangan dalam perniagaan dapat dilihat sejauh
mana urusniaga sesebuah perniagaan setiap bulan dan setiap tahun itu berkembang.
Ini selaras dengan IPSASB yang mentakrifkan pendapatan sebagai merangkumi hasil
dan untung. Piawaian ini menggunakan istilah yang merangkumi hasil dan untung
bagi menggantikan istilah pendapatan.

 

 

1.2 PENYATAAN MASALAH

 

 

Batasan
kajian ke atas pengurusan penghutang melibatkan faktor yang difokuskan terhadap
kajian ini adalah seperti yang berikut :

a)    Hasil
dapatan yang diperoleh hanya berdasarkan kepada maklumat kewangan perniagaan untuk
tahun 2016 sahaja oleh syarikat. Maklumat yang
didedahkan hanyalah terdiri daripada elemen 
berkenaan pengurusan penghutang dalam sesebuah perniagaan.

b)    Kajian
ini memfokuskan kepada maklumat perakaunan yang melibatkan penghutang terdiri
daripada kaedah pemfailan penghutang, kaedah perekodan penghutang seterusnya
langkah pengurusan penghutang secara terperinci sebelum terbentuknya penyediaan
laporan kewangan. Komponen atau elemen yang lain dalam laporan tahunan tidak
dikaji.

c)    Bagi
tujuan kajian, penyelidik cuba memilih dan mengkaji komponen berkaitan penghutang
secara terperinci sedangkan dalam laporan kewangan terdiri daripada lain-lain
komponen perakaunan.

d)    Hasil
kajian juga amat dipengaruhi oleh responden sama ada sejauh mana tahap
kejujuran dalam menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat dan serius.

e)    Soalan
yang terdapat dalam soal selidik terdiri daripada item-item yang terhad dan
tidak mungkin merangkumi semua aspek yang ingin diperhatikan dengan jitu dan
terperinci.

f)     Hasil
dapatan yang diperolehi hanya benar dan praktikal di dalam Malaysia sahaja dan
berhubung dengan prosedur dan piawaian perakaunan serta undang-undang semasa
sahaja.

 

 

1.3 MATLAMAT KAJIAN

 

 

Suatu kajian yang dijalankan pastinya mempunyai
matlmat tersendiri yang ingin dicapai. Matlamat kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan
untuk mengkaji atau mengenalpasti maklumat perakaunan berkenaan dengan sistem
pengurusan penghutang yang dilaksanakan oleh syarikat.
Kajian ini mengambilkira terhadap kendalian pemfailan dan perekodan. Kajian
juga turut mengkaji permasalahan yang berlaku dalam pengurusan penghutang oleh
pihak syarikat.

 

 

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

 

 

Kajian  ke atas pengurusan penghutang ini mensasarkan
untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

a)    Mengenalpasti
kaedah atau langkah pemfailan yang dilaksanakan oleh syarikat dalam menguruskan
dokumen berkaitan penghutang adalah secara sistematik.

b)    Mengenalpasti
kaedah atau langkah perekodan penghutang yang dilaksanakan sama ada mengikut
standard perakaunan iaitu secara betul dan tepat.

c)    Mengenalpasti
keberkesanan kaedah yang digunakan bagi memudahkan pengurusan penghutang
melalui sistem pengumuran penghutang.  

d)    Mengenalpasti
kualitatif pemfailan dan perekodan yang bermula daripada perekodan dokumen
sumber urusniaga kredit  ke dalam buku
jualan sehingga laporan kewangan.

e)     
mengenalpasti langkah yang
diambil dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam menguruskan
pengurusan penghutang yang melibatkan pelanggan seperti hutang ragu dan hutang
lapuk.

 

 

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

 

 

Kajian
yang dijalankan ini memberikan banyak kepentingan dan dapat dijadikan sebagai
asas bagi menentukan sama ada pengurusan terhadap penghutang diberikan
penekanan atau sebaliknya. Selain daripada itu, kajian yang dijalankan ini juga
dapat mengenalpasti masalah atau isu yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan.
Melalui penyediaan asas ini dapat terus dihubungkaitkan dengan penyediaan
penyata kewangan seperti penyata pendapatan. Seterusnya, penyediaan asas yang
tepat membolehkan syarikat mengetahui samaada mengalami keuntungan atau
kerugian. Kajian ini sememangnya dapat meningkatkan sistem pengurusan
penghutang yang dilaksanakan agar lebih sistematik melalui sistem pengumuran
penghutang dan sebagainya. Bahagian kewangan dalam sesebuah syarikat seperti
kerani akaun boleh membuat penambahbaikkan dan membina strategi yang lebih
mantap demi meningkatkan kemajuan sesebuah perniagaan.

            Selain itu, kajian ini dapat
mengenalpasti serta menyelami kepakaran, fungsi bahagian kewangan yang
menentukan pengurusan penghutang mengikut langkah yang sebenar tambahan dapat
menjadi panduan asas dan membekalkan maklumat-maklumat tentang langkah yang
tepat berkenaan kaedah perekodan dan pemfailan penghutang serta tahap
keberkesanannya.

            Melalui kajian ini permasalahan
pengurusan penghutang dapat diselesaikan dengan adanya penyelidikan yang
memfokuskan kepada komponen tersebut untuk mengenalpasti kelemahan langkah
perekodan dan pemfailan seperti yang dinyatakan. Seterusnya, permasalahan dapat
dikenalpasti melalui kajian berkenaan pengurusan penghutang dalam berurusan
dengan pihak penghutang yang bermasalah dan sebagainya. Melalui kajian ini,
pengkaji dapat melontarkan idea untuk penambahbaikan perniagaan ini.   Kajian
sedemikian dapat memberikan input yang berguna khususnya kepada bahagian
kewangan bagi syarikat. Kerani akaun juga boleh membuat
penambahbaikkan dan membina strategi yang lebih mantap untuk membangunkan
perniagaan tersebut.   Kajian ini juga
bertujuan untuk memastikan kerani akaun dan pekerja-pekerja sudah terlatih dan
mahir dalam kerja-kerja yang ditetapkan. Diharapkan penemuan kajian ini akan
dapat memberikan input yang berguna dengan mengisi kekosongan dan kekurangan
yang ada serta memberi maklumat untuk penembahbaikan pada masa akan datang. 

 

 

1.6 SKOP KAJIAN

 

 

Skop
kajian ini hanya tertumpu dan difokuskan kepada syarikat
sahaja. setiap kajian yang dilaksanakan hanya meliputi bahagian
berkaitan dengan penghutang setakat tahun 2016 sahaja. Kajian ini memfokuskan
kepada kaedah pemfailan, kaedah perekodan dan secara keseluruhan berkaitan
pengurusan penghutang sahaja. manakala bahagian-bahagian lain dalam perakaunan
syarikat tidak akan dikaji. selain itu segala kerahsiaan maklumat perniagaan
adalah sulit. Segala data yang diambil dan digunakan dalam kajian ini adalah
terhad kepada maklumat yang diperolehi daripada lokasi kajian seterusnya
tertakluk kepada kerahsiaan maklumat dan dokumen perniagaan.

 

 

 

 

 

1.7 KESIMPULAN

 

 

Latar
belakang kajian, penyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, kepentingan
kajian dan skop kajian dikenalpasti dalam bab ini. Justifikasi pemilihan tajuk
kajian juga telah dijelaskan. Secara umumnya, kajian ke atas pengurusan
penghutang akan dijalankan atau dilaksanakan.