Kebanyakan dan bukannya pembukaan kilang yang banyak (Hill 1994,

Kebanyakan
aktiviti buruh di Asia Tenggara termasuk pengeluaran komoditi moden. Pengeluaran
komiditi moden di rantau ini adalah terhad kepada perkilangan yang berasaakan
kilang yang melibatkan pasukan buruh yang besar, terutama wanita  (Ong 1990, Wolf 1992). Sebagai contoh, di
Indonesia, negara yang baru berjinak dengan perkembangan industrialisasi tetapi
pertumbuhan pembuatan berjaya melibatkan warga tempatan dan perniagaan kecil-kecilan
tempatan dan bukannya pembukaan kilang yang banyak (Hill 1994, Blim 1992,
Hamilton 1998). Dalam sektor ekonomi konvensional ini keupayaan industri
tempatan dan industri kecil untuk bersaing dalam syarikat transnasional dalam
mewujudkan pengkhususan fleksibel. Syarikat setempat dan khusus serta pengeluar
kecil yang berkait dengan syarikat kerjasama dan bukan dalam firma tunggal,
boleh menyesuaikan dengan cepat dalam perubahan ekonomi (Peterson et al 1994).

 

Perabot
Jepara

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Perabot
Jepara merupakan suatu kehalusan produk Jatiyang dihasilkan oleh masyarakat
Indonesia. Dalam pertumbuhan eksport yang pesat di Indonesia terdapat beberapa
kategori perabot dalam kategori pasaran yang berbeza-beza. Dalam industri
pembuatan perabot Jepara, pengeluaran dan pasaran pengeluaran adalah sangat
khusus dalam pengurusannya. Kebanyakan perabot-perabot Jepara ini di selenggara
oleh sekumpulan pengeluar yang terhad dan ditempatkan di sesuatu kawasan dan
rantau di Jepara.

            Di samping itu, perabot Jepara
mempunyai kualiti yang tinggi. Perkembangan pesat ini telah di persetujui oleh
Kerajaan Indonesia dalam perubahan makro-ekonomi Indonesia 1980. Inisiatif
daripada perkembangan ini, kerajaaan Indonesia telah membuat penambahbaikan
infrastruktur jalan, perkapalan dan komunikasi, penyegeraan prosedur eksport
dan larangan eksport kayu-kayu dari Indonesia.

 

 

Modal

Setiap
aktiviti perdagangan import dan eksport memerlukan modal bagi tujuan
penghasilan dan strategi pemasaran barangan. Kerajaan Indonesia memudahkan rakyat
dari golongan kumpulan kecil dan kumpulan-kumpulan perindustrian kecil, dengan
menyediakan kemudahan kredit dan pendidikan. Pendidikan merupakan suatu yang
sangat penting dalam penambahbaikan tenaga mahir terutamaya di sektor
perkeranian dan pentadbiran seperti mengukir dan tukang kayu. Melalui
pendidikan tenaga kerja di ajar dan mendalami ilmu dalam kerja harian seperi
kemahiran mengukir halus, kemahiran mewarna dan kemahiran-kemahiran lain.

Selain
itu, beberapa pengeksport telah mengambil pinjaman kewangan khusus bagi
penyediaan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup (Sandee et al 1994).
Melalui pinjaman ini dapat meningkatkan infrastruktur dan pengeluaran.
Institusi kecil dan sederhana ini akan menjadi pengingkatan ekonomi yang lebih
aktif.