Sikap adalah “tana”. “Tana” ini bermaksud hutan dan tanah.

Sikap Penan terhadap Hutan

Orang Penan menganggap
hutan sebagai nyawa dan kehidupan mereka. Perkataan hutan dalam Penan adalah “tana”. “Tana” ini bermaksud hutan dan tanah. “Tana” di sini bererti persekitaran semula jadi di mana mereka
hidup. Bagi orang Penan, apabila mereka melihat hutan atau tanah, itulah
dianggap sebagai kehidupan atau nyawa. Hutan tidak dapat dipisahkan daripada
kehidupan mereka. Komuniti Penan percaya bahawa hutan mengandungi pelbagai
semangat. Jika kita melakukan perkara yang tidak elok atau tidak menghargai
sumber-sumber, maka semangat-semangat ini akan marah dan membalas dengan
mewujudkan penyakit dalam kalangan orang Penan. Antara semangat yang dipercayai
oleh mereka adalah “ungap” dan “penakoh”. Kedua-dua semangat ini
mempunyai kaitan dengan air, bumi dan tumbuh-tumbuhan terutamnya pokok (Janowski
dan Langub, 2011).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 Orang Penan melihat hubungan mereka dengan
hutan sebagai satu pengawasan. Pengawasan ini dijalankan melalui satu sistem
yang dikenali sebagai “molong”. Bagi
orang Penan, “molong” ini digambarkan
sebagai menuntut, memupuk serta memelihara sumber-sumber supaya ia dapat
digunakan pada masa depan. “Molong”
ini dilihat sebagai strategi penuaian di mana peralihan dari satu kawasan ke
kawasan yang lain dalam memperoleh sumber-sumber. Hal ini dapat memberi peluang
kepada sesebuah kawasan yang telah dituai untuk tumbuh semula. Sebagai contoh,
batang sago yang telah matang akan dituai manakala batang sago muda pula akan
dipelihara untuk kegunaan masa depan. Hal ini dapat dilihat orang Penan
mengaplikasikan falsafah penggunaan sumber secara lestari. Ini adalah kerana
mereka takut mencetus kemarahan semangat-semangat atau kuasa ghaib. Selain itu,
orang Penan juga takut bahawa masyarakat akan memandang rendah kepada mereka
kerana mereka telah melakukan perbuatan membazir (Janowski dan Langub, 2011).

 

Bagi
orang Penan yang hidup secara nomad, ahli kumpulan mereka adalah sedikit.
Mereka selalunya terdiri daripada ahli keluarga nuklear. Orang Penan ini juga
mempunyai kawasan pemburuan serta pencarian makanan mereka yang tersendiri.
Oleh itu, mereka tidak lari daripada bertindih dengan kumpulan lain berkaitan
dengan hak ke atas sesebuah kawasan atau tanah. Bagi yang bertindih, mereka
akan mencapai kata persetujuan untuk berkongsi menggunakan kawasan atau tanah
tersebut. Walau bagaimanapun, hak ke atas tanah ditegaskan melalui konsep “okoo bu’un” (tempat asal) atau “tana pohoo” (tanah nenek moyang). Hal
ini bermaksud bahawa kumpulan yang mempunyai hak ke atas sesebuah kawasan atau
tanah bergantung kepada konsep tempat asal atau tanah nenek moyang. Jika tanah
tersebut terlebih dahulu dibuka oleh sesebuah kumpulan, maka kumpulan lain
haruslah mendapatkan kebenaran dari kumpulan tersebut untuk menggunakan kawasan
atau tanah tersebut (Janowski dan Langub, 2011).